PUSAT SUMBER

Untuk menjaga ketenteraman perpustakaan serta melicinkan lagi pentadbiran perpustakaan perkara berikut mesti dipatuhi oleh para pengguna perpustakaan:


1. Sila catatkan maklumat penggunaan ke dalam BUKU REKOD PENGGUNAAN sebelum dan selepas penggunaan perpustakaan.

2. Pelajar tidak dibenarkan masuk atau menggunakan perpustakaan ketika waktu pengajaran dan pembelajaran kecuali dengan kehadiran guru.

3. Guru yang ingin menggunakan PSS dalam waktu Pengajaran & Pembelajaran diminta membuat tempahan terlebih dahulu di buku Tempahan Pusat Sumber.

4. Sebelum masuk ke dalam perpustakaan, pengguna dihendaki meletakkan beg, fail, botol air atau barang-barang yang lain di tempat khas yang disediakan KECUALI barang-barang berharga, alat tulis dan kertas nota.

5. Sila beratur dalam keadaan senyap ketika hendak masuk dan keluar dari perpustakaan.

6. Sila pastikan anda berpakaian kemas serta mengikuti sahsiah rupa diri yang sempurna. Guru serta  pustakawan bertugas berhak menghalang anda yang tidak mematuhi etika berpakaian tersebut dari masuk ke perpustakaan.

7. Pengguna tidak dibenarkan bercakap dengan kuat sehingga menimbulkan masalah kepada pengguna lain.

8. Pengguna tidak dibenarkan makan, minum, atau tidur di dalam perpustakaan.

9. Pengguna dilarang menukar kedudukan perabot perpustakaan seperti kerusi atau meja serta menyalahgunakannya.

10. Dilarang mengoyak, mengotor, menggaris, menconteng, mewarna atau merosakkan bahan-bahan serta peralatan perpustakaan.

11. Sila  buang sampah  ke dalam bakul sampah yang disediakan.

12. Sila serahkan buku atau bahan bacaan untuk pemeriksaan kepada pustakawan bertugas sebelum keluar dari perpustakaan.

13. Peraturan pinjaman buku PSS adalah seperti berikut:

i. Bahagian Am (Fiksyen Melayu/Inggeris dll.) – Tempoh pinjaman 1 minggu
   - Denda lewat ialah RM0.20 sehari (termasuk cuti)

ii. Bahagian Rujukan (Buku Rujukan SPM, PMR dll) – tempoh pinjaman ialah 3 hari -Denda lewat ialah RM0.30 sehari (termasuk cuti)

iii. Buku bertanda Merah (Red Spot) hanya untuk rujukan di dalam Pusat Sumber sahaja.

iv. Pelajar boleh meminjam 2 buah buku Bahagian Am atau sebuah buku Bahagian Am dan sebuah buku Bahagian Rujukan.

v. Sekiranya peminjam menghilangkan buku, penggantian semula diwajibkan sama ada dalam bentuk buku yang sama atau pembayaran dua kali ganda nilai buku tersebut.

 vi. Kad Perpustakaan tidak boleh dipindah milik.

14. Sila pastikan bahan-bahan bacaan dan kerusi yang telah digunakan diletakkan atau disusun semula di tempat asalnya.

15. Sila pastikan perpustakaan dalam keadaan kemas dan bersih selepas digunakan.

16. Sila pastikan setiap suis lampu, kipas dan penghawa dingin dimatikan sebelum meninggalkan perpustakaan.

17. Sila pastikan semua tingkap ditutup, pintu dikunci dan kunci dikembalikan  setelah selesai menggunakan perpustakaan.

18. Pengguna haruslah bertanggungjawab di atas sebarang kerosakkan atau kehilangan bahan-bahan yang digunakan.

19. Guru perpustakaan serta pustakawan berhak menegur dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pengguna yang melanggar peraturan perpustakaan.

20. Guru perpustakaan dan pustakawan bersedia membantu jika anda menghadapi kesulitan dalam menggunakan perpustakaan.

No comments:

Post a Comment